Rabu, 30 November 2011

kata tanya






MAKSUD KATA TANYA


1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.

2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.

4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat.

5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.



Kenapa / Mengapa---> Digunakan untuk sebab.
Contoh ayat :-  
Mengapakah Syauqi tidak hadir ke sekolah pada hari ini?
Syauqi tidak hadir ke sekolah kerana dia tidak sihat.




 
Bila
---> Digunakan untuk masa, zaman dan waktu.

Contoh ayat :-

Bilakah Alvin akan keluar dari hospital?
Alvin akan keluar dari hospital pada hari rabu ini.


 



 
Siapa
---> Digunakan untuk orang.

Contoh ayat :-
Siapakah nama murid baru itu?
Nama murid baru itu ialah Huzaifah. (Contoh bagi nama)



   Apa
   ---> Digunakan untuk haiwan, benda, perkara dan tidak pasti (seperti hantu/ lembaga).

   Contoh ayat :-
   Apakah yang Hasni sedang lakukan?
   Hasni sedang membaca buku cerita. (Contoh bagi perkara)


Bagaimana
---> Digunakan untuk cara, keadaan dan langkah.

Contoh ayat :-

Bagaimanakah cara membuat sandwich?
Cara membuat sandwich ialah pertama kita ........


Berapa
---> Digunakan untuk jumlah dan harga.
Contoh ayat :-
Berapakah jumlah murid di dalam kelas 4 Usaha?
Jumlah di dalam kelas 4 Usaha ialah enam orang.



Mana
---> Digunakan untuk tempat dan kedudukan.

Contoh ayat :-
Di manakah rumah Khairul Amir?
Rumah Khairul Amir di ........ (Contoh bagi tempat)



Untuk pengajaran yang akan datang....  Lihat video di bawah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan